Friday 25 December 2015

Bisnes Pelik

Cara terbaik untuk membuat wang adalah dengan cara memulakan perniagaan anda sendiri. Tetapi hari ini biasanya hanya orang-orang yang mempunyai idea yang benar-benar pelik boleh berjaya. Di bawah ini anda akan mendapati senarai orang yang membuat sejumlah besar wang dengan menjalankan pelbagai jenis perniagaan yang terdiri dari membakar mayat dengan fesyen yang unik hinggalah membuat penyelidikan ke atas najis. Mereka mungkin nampak agak pelik pada awalnya dan orang yang waras pasti tidak akan bersedia untuk melabur dalam perniagaan yang salah. Tetapi tiada siapa yang tidak mahu menjadi jutawan, bukan?
1. 1-800-Got-Junk?
Perkhidmatan penyingkiran barang buangan ini telah ditubuhkan di Vancouver, Kanada pada tahun 1989 oleh Brain Scudamore, pengasas dan sekarang menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif. Beliau membeli sebuah trak pengangkut dengan harga USD$700 sebagai pengangkutan. “Kami akan menyembunyikan sampah anda dalam sekelip mata” adalah slogan syarikat. Pada tahun 1993, sebulan sebelum tamat pengajian beliau, Scudamore berhenti universiti untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan sepenuh masa. Secara peribadi, bapanya yang merupakan seorang doktor, tidak terlalu teruja tentang rancangan profesional anaknya tetapi terpaksa mengalah setelah melihat semangat anaknya. Anda hanya perlu telefon syarikat itu, beritahu mereka anda mempunyai sampah untuk dibuang , dan mereka akan datang dan lemparkan ia jauh daripada anda! Syarikat itu telah menubuhkan lebih 220 francais seluruh Amerika Syarikat, Kanada dan Australia, dan sekarang bernilai lebih daripada USD$100 juta.
Laman web: 1-800-GOT-JUNK?
2. PickyDomains.com
Menubuhkan sebuah laman web pada hari ini adalah sangat mudah. Tetapi mencari nama domain yang anda mahu dan yang masih belum diambil orang adalah sebaliknya. Jadi seorang lelaki mengeksploitasi peluang ini dan menzahirkan idea yang unik dan menjadikan beliau agak kaya. Beliau hanya mencadangkan nama-nama domain untuk laman web. Ini semestinya memerlukan tahap kreativiti yang tinggi! Cara ia berfungsi: Selepas membayar deposit USD$50, pelanggan akan mula menerima senarai nama-nama domain yang disediakan melalui e-mel untuk tempoh 30 hari. Jika mereka melihat domain yang mereka suka, mereka akan mendaftar dan memberitahu perkhidmatan tentang domain yang diperoleh. Jika domain tidak didaftarkan, wang akan dikembalikan sepenuhnya. Firma itu kini bernilai sekurang-kurangnya USD$5 juta.
Laman web : PickyDomains
3. Doggles
Kacamata untuk anjing haiwan peliharaan? Bunyi agak tidak masuk akal, bukan? Tetapi tidak jika seseorang telah memulakan kilang mereka dan meraih jutaan dolar. Perniagaan yang telah mendapat perhatian dan liputan dari CNN,Womens’ World , PeopleReggie and KellyNational Geographic dan Animal Planet. Bermula dengan kacamata, kini mereka telah mengembangkan perniagaan kepada pelbagai aksesori lain untuk haiwan peliharaan termasuk beg sandang, jaket pengapungan, baju T, topi, dan mainan.
Laman web : Doggles 
4. FitDeck 
Apakah hubungan permainan kad dengan rutin senaman? Inilah perniagaan yang bernilai USD$4.7 juta jika anda cukup bijak untuk menggabungkan kedua-duanya dan menjualnya dengan harga USD$18.95 sekeping. Bunyinya seperti tidak masuk akal dan melibatkan banyak pokok yang terpaksa ditebang, tetapi produk yang berusia lima tahun itu dicipta oleh Phil Black telah mencatat pertumbuhan tinggi. FitDeck adalah hasil gabungan keseronokan permainan kad dan langkah-langkah latihan Tentera Laut. Sudah pasti pendapatan daripada syarikat lebih lumayan daripada gaji seorang Tentera Laut!
Laman web: FitDeck
5. SantaMailIni adalah sesuatu yang langsung anda tidak jangka kerana ia seperti kerja terlalu bodoh. Surat akan dihantar daripada alamat yang kononnya daripada Kutub Utara atau Alaska, berpura-pura dihantar oleh Santa Claus. Ibu bapa akan dikenakan bayaran sebanyak USD$10 untuk setiap surat yang dihantar kepada anak-anak mereka. Ide yang nampak bodoh ini sebenarnya berfungsi dan telah menghantar lebih 200,000 surat sejak memulakan perniagaan pada tahun 2001. Kini telah mengutip lebih USD$3 juta!

No comments:

Post a Comment